detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)
Friday, July 10, 2009
Meskipun RAPUH dalam Langkah
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
4:14 PM
0
comments
Sunday, June 21, 2009
..Keinginan Menuntut Ilmu..
Daripada Abu Darda' RA, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah mempermudahkan baginya satu jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat-malaikat melabuhkan sayap-sayapnya kepada penuntut ilmu yang redha dengan apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi sehinggakan ikan di air beristighfar kepada orang alim. Kelebihan orang alim berbanding orang abid adalah seperti kelebihan bulan berbanding seluruh bintang. Sesungguhnya ulama' adalah pewaris anbiya' dan para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak pula dirham akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa mengambilnya sesungguhnya dia mengambil keuntungan yang banyak. (Hadis Riwayat Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)
Memetik hadis Nabi s.a.w mengenai kelebihan menuntut ilmu,ingin saya berkongsi pengamatan saya sendiri apabila mengikuti kuliah talaqqi quran bwh unit pembelajaran sepanjang hayat. Lahir rasa kagum pada 'teman2 sekuliah' yang lain,yang datang dari pelbagai tempat dan latar belakang.Kuliah ini meliputi ilmu qiraat,ulum quran,ilmu tajwid juga talaqqi quran.
Dihitungkan, sayalah paling muda,masih bujang di situ dan juga paling dekat untuk ke kampus (ambil masa 1jam lebih dari rumah) Kebanyakan 'teman sekuliah' adalah golongan professional ,ustaz/ustazah dan pertengahan usia dan juga datangnya dari negeri2 lain.
Dr.Razak, Dr. Sapora merupakan pensyarah USIM sendiri daripada FST. Dr.Zulkifli,Tn.Abdullah Abd Mutallib,seorang peguam berpengalaman bersama kawan2nya datang dari Batu Pahat,Johor.
Kak Hidayah,dari Johor Bharu bersama suaminya dari Singapura. Ada yang berasal dari Indonesia.Ada seorang yang juga berasal dari Singapura.Ada datangnya daripada Tangkak,Muar,Johor. Yang saya kira bukanlah dekat dengan kuliah hanya 1x setiap hari Sabtu.Seawal 4 pagi sudah bertolak dari Johor,untuk tiba di kampus Nilai sebelum kuliah bermula,8.30 pagi.Sungguh besar keinginan dan semangat mereka semua.
Terasa kerdil pulak diri ini berbanding dengan 'teman2' sekuliah lain. Tapi seronok bergaul bersama mereka semua,matang,banyak pengalaman,berilmu,banyak idea2 yang kritis2..Pensyarah yang memberi kuliah tak pernah sunyi dengan pelbagai soalan2 yang ditimbulkan oleh mereka semua yang saya kira memang soalan yang cukup kritis dan perlukan hujjah yang baik.Kadang2 kesian tgk ust2 yang mengajar tersipu2 malu yang masih muda saya kira,sering diusik, gurau senda tak pernah sepi.
Semangat 'teman sekuliah' dijadikan inspirasi untuk terus menuntut ilmu selagi masih diberi ruang,lapang sebelum sempit,hidup sebelum ajal. Semoga segala jalan yang ditempuh oleh mereka yang menuntut ilmu kerana Allah,dipermudahkan jalannya ke syurga.
Firman Allah SWT : "Allah mengangkat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat". (Surah Al-Mujadalah : 11)
p/s :sesungguhnya menuntut ilmu kerana ingin lulus,dianugerahkan scroll dengan kerana untuk diri,masyarakat&akhirat..rasa itu adalah berbeza..wallahua'lam
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
3:29 PM
1 comments
Labels: Tazkirah, Tinta Kehidupan
Saturday, June 20, 2009
..Hadiah Dari Beijing::
TESL Ukm yang berasal dari Beijing,China. Praktikal di sekolahku dan mengambil kelas ku, 2C.'Aimi, ni cikgu praktikal dari China. Bimbing dia. Fully english speaking,' Cik Aspa,PK petang memberiku jadual. Ku memandang k.Nazrah.
'Wah, akak! Mcm mana ni? Dahla 'speaking' hancur..'
So far, not bad..i've try to speak with Emma. Mula2 susah jugak nak faham 'slang' Emma. Yela, di Beijing di belajar English US, Malaysia belajar English British..campur pulak 'slang' chinese...pelbagai jenis 'pronoutation' jadinya..But, its fun for me.
Observed
Sebagai guru pembimbing(yg sbnrnya xlayak pun), kenalah 'observed' p&p Emma at least 1x seminggu..Masuk sahajalah walau tak layak..Nanti nak bagi komen,nak bincang dengan supervisor,lecturer Emma. Masuk 2C, mulalah pelajar2 ni, terutama yang laki sibukla nak tanya...
'Bila Teacher masuk kelas balik? Tak fahamla Teacher.' yela Emma mmg xfaham Melayu dan xpandai cakap Melayu.
'Tengoklah, kalau teacher rajin, teacher masuklah,' saja main2 dgn student tu. Nak tergelak pun ada. Dulu bila kita ajar, xpernah nak duduk diam, nak senyap. Sekarang ni sibuk lak nak tanya,bila nak ajar mereka balik..Ku sekadar tersenyum. Dalam hati (mcmla teacher Aimi ni pandai ngajar sangat..)
Papepun, seronok juga jadi guru pembimbing. Bukan seronok tgk salah cikgu praktikal, tapi seronoknya dapat belajar dari kelebihan,kekuatan dan kelemahan dia. Apa yang die lemah,maybe itu jugak yang kita lemah. Jadi dapatlah untuk perbaiki diri sendiri. Apa kelebihan dia, cuba ikut...
Anyway THANKS EMMA...I ALSO LEARN FROM YOU...
YOU ARE BETTER THAN ME..
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
8:26 PM
0
comments
Labels: Diari Mua'llim
Unity Goverment : Dalam Keributan
Unity Government ataupun Kerajaan Perpaduan masih dalam keributan. Setiap hari di dada-dada akhbar nasional isu ini hangat diperkatakan. FOKUS pihak media kepada ‘MASALAH PERGADUHAN,PERSENGKETAAN PIMPINAN PAS dan PR lebih menimbulkan kecambahan kekeliruan, ketida keyakinan kepada kepimpinan jemaah islam di Malaysia.
Saya tidak ingin mengulas tentang ‘Unity Government’ kerana saya sendiri tidak memahami apakah elemen2,aspek2,komponen2 yang perlu ada dan dipertimbangkan dalam hal ‘Perpaduan’ ataupun boleh kita nyatakan sebagai Tahalluf Siyasi.
Apa yang ingin bawakan bersama, dan kongsikan..yang saya dapat kiaskan tentang isu yang menuntut kepada kefahaman yang tinggi ini, beberapa aspek dalam rukun bai’ah ,ALFAHMU (fasal 1.6-1.9) semoga dijadikan panduan dan difikirkan bersama.
Rukun Pertama :ALFAHMU
1.6) Hendaklah saudara fahami bahawa sesungguhnya perkataan dari seseorang itu boleh diambil dan boleh ditolak kecuali perkataan Rasulullah s.a.w yang maksum
1.7)Hendaklah saudara fahami bahawa bagi seseorang Islam yang taraf keilmuannya belum sampai ke peringkat mampu meneliti dalil-dalil hokum-hukum syari’at Islam maka hendaklah is mengikuti salah seorang dari imam-imam(mujtahid) dalam Islam
1.8) Hendaklah saudara fahami bahawa perbezaan2(pentafsiran dan pegangan) dalam hukum-hukum fiqah dalam soal2 cabang tidak harus dijadikan sebab perpecahan dalam agama
1.9) Hendaklah saudara fahami bahawa perbincangan tentang masalah yang tidak mendatangkan hasil adalah termasuk dalam erti takalluf(usaha yang memberatkan) yang ditegah oleh agama
Saya tertarik dengan sebuah surat terbuka kepada Tuan Presiden, TG Haji Hadi di mana kandungannya ada menyatakan, meminta Tuan Guru memperjelaskan yang sebenar bahawa ‘Perpaduan’ yang dikemukakan oleh Tuan Guru bukanlah menjurus kepada gabungan UMNO-PAS..tetapi membuka ruang kepada pihak UMNO/BN untuk ‘berpadu’ dengan PR dan PAS dalam menyelesaikan isu-isu Negara seperti ekonomi,pendidikan,social dalam meletakkan ALQURAN dan ASSUNNAH sebagai panduan utama. Mungkin ada benarnya, ini yang dimaksudkan oleh Tuan Guru berkenaan ‘Unity Government’.Namun mungkin idea ‘kerajaan perpaduan’ini masih belum mampu difahami umum, malah diperingkat kepimpinan sendiri, Tuan Guru mengambil langkah berdiam diri terhadap isu tersebut seketika.
Adalah tidak mungkin bagi saya, TG Haji Hadi yang menulis lengkap tentang fiqh harakah berjilid2,mengupas daripada sirah2 nabawiyyah, tidak memahami terperinci tentang isu-isu kenegaraan juga harakah islamiyyah. Siapalah diri kita yang mungkin baru setahun jagung berkecimpung dalam harakah islamiyyah, cepat melenting dan mula bertelaqah, hilang thiqah dan wala’ jika nak dibandingkan TG Nik Aziz, TG Haji Hadi juga kepimpinan2 jemaah yang lain. Kita berhak melontarkan pandangan dan idea…tetapi janganlah sehingga melangkaui ‘AKHLAK ISLAMIYYAH dan ADAB2 BERJEMAAH’…Tanpa akhlak, tiada apa yang dapat membezakan kita antara golongan jahil,golongan fahmu..golongan penyokong juga golongan pendokong…
Petikan dari karangan Allahyarham Alfadhil Alustadz Fathi Yakan;Maza Ya’ni Intima’i Lil Islam
‘Tingkat kekuatan Harakah Islamiyyah itu ialah,pertama kekuatan aqidah dan iman, kedua kekuatan kesatuan dan ikatan kejiwaan,ketiga kekuatan persenjataan.Sesuatu jemaah itu tidaklah dapat dianggap kuat melainkan setelah memiliki ketiga-ketiga kekuatan tersebut. Harakah Islamiyyah perlu mengambil kira pandangan2 tertentu sebelum mengambil langkah menggunakan kekuatan yang ada.REVOLUSI adalah gejala kekuatan yang menggerunkan.Oleh yang demikian,Harakah Islamiyyah memandangnya dengan penuh teliti dan mendalam’
Semoga apa yang dilontarkan menjadi perkongsian yang harmoni. Apa yang salah diperbetulkan. Yang lemah diperteguhkan. Semoga Rahmat Allah s.w.t sentiasa bersama dalam jemaah parti islam semalaysia ini. Amin.Allahuta’ala ‘alam.
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
4:53 PM
0
comments
Labels: Selusuri Fikrah, Suria Hari Ini
Friday, June 19, 2009
::Alhamdulillah..Diterima::
Serasa nak berkongsi sedikit kesyukuran dan kegembiraan di hati...Alhamdulillah novel saya dan aini, Melakar Cinta Firdausi diterima oleh pembaca terutamanya sasaran kami...PEMBACA REMAJA...
'Teacher, bestla novel teacher. Sedih...Saya asyik nangis jer..kejap2 mati,ramai jer yang mati..dengan ayat2 quran dalam tu..sedihla teacher, " cakap fatin pelajar 2C.
'Nanti ada novel baru,teacher cakap tau!'
Rasa terharu sebab novel kami yang memang berkonsep 'ISLAMIK dan PENUH DENGAN AYAT2 JIHAD' dapat diterim
a oleh anak2 didikku...Terima kasih kepada kak Rohana,Kak Nazrah dan kakak2 lain di sekolah tolong promosi..walau ku sendiri tak pernah promosikan.Teacher...best novel teacher!! Hakim dan azrul menunjukkan isyarat best padaku..Tersengih-sengih padaku sebelumku melangkah keluar dari kelas 2c, 'observe' guru praktikal.
'Eh, baca ke novel teacher?' soalku...tak sangka pelajar2 lelaki ku turut membacanya..Mereka mengangguk2 ceria..Apa lagi...mintak novel free la pulak..Alhamdulillah2...Terima kasih Allah...
Ya Allah, terima kasih...niat awalku bersama aini..sedikit sebanyak tercapai..pasti anak2 murid aini turut menyukainya...Novel kami sasaran buat remaja juga buat sahabat2 yang bersama2 dalam perjuangan ini...Terima kasih Aini...Terima kasih semua
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
6:00 PM
2
comments
Labels: Diari Mua'llim
Wednesday, June 10, 2009
...Kepastian Tetap Pasti....
Kepastian
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In-team
http://liriknasyid.com
Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan
Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi
Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan
Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya
Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya
Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah
Album terbaru inteam,Allahu Rabbi..Tahniah inteam melangkah lebih jauh dgn halatuju sendiri..
tiba2..manik jernih mengalir sendiri bila Allah mengatakan yang DIA telah menjanjikan syurga adalah kelazatan...neraka itu tempat kemurkaan...Kepastian dari Allah itu tetap pasti...Kepastian hari esok...hanyalah Allah yang memiliki...dan menentukan segalanya..Kita sebagai hamba..teruslah berdoa dan berdoa...
kredit:buat adikku,ain khalid di Mansourah atas pemberian video ini..terima kasih adikku
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
5:44 PM
0
comments
Labels: Bingkisan Qalbi, Peringatan Bersama
...Wajib Lulus BI....PPSMI.....
Satu lagi usul baru yang dikemukakan oleh pimpinan baru Dato Seri Najib dan Timbalannya aka Men.Pelajaran, Dato Muhyiddin...semua pelajar wajib lulus BI syarat lulus SPM...Dibelek2 akhbar utusan hari ini...rencana bertajuk 'Transformasi pendidikan BI'...petikan akhir sekali berbunyi.."Dengan itu, mata pelajaran Sains dan Matematik tidak lagi perlu diajar dalam Bahasa Inggeris dan dikembalikan semula ke dalam bahasa Melayu"
Terpegun seketika bila membacanya...Isu PPSMI belum selesai, timbul pula isu baru..Adakah anak2 bangsa akan sentiasa menjadi bahan eksperimen??
Memetik tulisan Presiden Teras, Cikgu Azmi bertajuk 'Selesaikan dulu isu PPSMI'
Daripada persoalan-persoalan tersebut, kami berpendapat isu yang masih belum selesai berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu terlebih dahulu dirungkai sebelum kita sekali lagi dibawa berdebat dengan isu baru.
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
2:31 PM
0
comments
Labels: Semasa Pendidikan
::Rumah Allah Tidak Lagi Dihormati::
SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
2:16 PM
0
comments
Labels: Suria Hari Ini
Tuesday, June 09, 2009
...Tahniah Adikku...Ayuni...
Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Shahrizul Ayuni Hj. Zulkiply bertemu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil awal pagi 9 Jun 2009 di pejabat beliau.
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
5:45 PM
0
comments
Labels: Semasa Kampus
..Seronok Tarbiyyah Yang Telah diTarbiyyah...
Bismillahwalhamdulillah...Masih diberi kesempatan untuk mencoret..Seronok tarbiyyah yang telah ditarbiyyah..Siapa tak suka sesuatu yang lebih mudah daripada yang sukar kan..
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
3:35 PM
0
comments
Labels: Semasa Pendidikan, Tinta Kehidupan
Monday, June 08, 2009
::Harga Air Mata Wanita::
>>sebuah kisah 'di sebalik air mata wanita' utk muslimah sekalian<<
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
6:21 PM
0
comments
Labels: Tazkirah, Tinta Kehidupan







